Disclaimer
![]()
Assalamualaikum everyone.Im sofiya. 98's. Study at SMKTTDIJAYA. Welcome to my blog!
blockquoteunderline italic bold Navigations Tagboard Credits
| I don't want be like that "/
Hai and assalamualaikum guys! yeahh read about this storyy. Enjoy ;)Kasih seorang ibu terhadap anaknya. Alyah (bukan nama sebenar) adalah seorang anak tunggal kepada ibu dan ayah. Alyah ditatang bagai minyak yang penuh. Apa yang Alyah nak mesti ibu dan ayah dapatkan. Masih ingatkah lagi Alyah kepada ibu? Ibu berbangga Alyah menjadi anak ibu walaupun bukan semua ini yang ibu harapkan dari Alyah. Ibu tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi. Ibu juga tidak pernah mencaci apa yang Alyah telah lakukan kepada ibu. Ibu redha dengan apa yang terjadi. Terima kasih kepada Alyah kerana lakukan semua ini pada ibu. Ibu tidak pernah menyangka kasih sayang yang ibu serahkan selama ini dibalas sebegini rupa. Sanggup Alyah lakuka pada ibu. Renyuk-renyukkan hati ibu. Tapi Alyah. Biar pedih hati ibu, biar ibu menggelepar sakitnya, tapi apa sahaja yang Alyah buat, ibu telah maafkan. Ibu tidak ada anak selain Alyah. Alyah, Masih ingat tak lagi semasa Alyah kecil-kecil dahulu. Alyah cerdik, kelakar. Alyah cantik. Rambut Alyah kerinting dan perang. Kulit Alyah putih. Muka Alyah persis anak mat salih. Kalau ibu bawa Alyah jalan-jalan, pasti yang ramai mencuit pipi Alyah yang tembam.ada juga yang menggosok rambut Alyah yang perang dan kerinting itu. Alyah manja dengan ibu. Kalau ibu hilang seketika, Alyah pasti menangis. Kadang-kadang ibu terpaksa bawa Alyah masuk ke dalam tandas bersama-sama ibu ketika ibu mahu melepaskan hajat. Sungguh lucu peristiwa itu. Umur tujuh tahun, Alyah khatam al-Quran. Alyah dah pandai ajar orang lain mengaji. Ibu bangga dengan Alyah. Walaupun nakal, Alyah bijak. Suka usik ibu. Penat ibu terubat dengan kenakalan Alyah. Masa terus berlalu. Alyah masuk sekolah rendah. Swetiap pagi, ibu hantar Alyah berjalan kaki. Ibu tak ada kereta macam orang lain. Tapi ibu tengok Alyah seronok sangat berjalan kaki sambil berpimpin tangan dengan ibu. Waktu pulang pula, awal-awal lagi ibu sudah emnunggu Alyah di pintu pagar di bawah panas perit mentari. Bila loceng berbunyi, ibu terus ambil Alyah. Ibu payungkan Alyah dan hulur sebotol air sejuk. Seronok ibu lihat Alyah teguk air. Ada sekali minum sampai tersedak, menyumpit air dari hidung. Semasa berjalan balik, ibu belikan Alyah sebungkus makanan ringan di kedai Mak Cik Pah untuk Alyah makan. Ibu tahu Alyah suka makan makanan itu. Alyah ingat lagi? Tahun 1997, hari yang sedih dalam keluarga kita. Abah pergi dulu meninggalkan kita. Ketika itu Alyah baru umur 11 tahun. Ibu tahu Alyah tidak dapat terima kenyataan hidup ini. Kalau ada abah, Alyah suka minta hadiah dan barang permainan. Kalau abah keluar ke mana-mana, pasti Alyah akan minta abahmembeli sesuatu untuk dibawa pulang. Tapi kini, abah sudah tiada. Tidak mengapa Alyah, kita doakan agar abah tenang dan bahagia di sana. Selagi hayat ibu dikandung badan, ibu akan besarkan Alyah jadi orang yang berguna. Tetapi, ibu sedih. Sejak abah tiada, sikap Alyah berubah. Alyah sudaj berani melawan cakap ibu. Sepatah ibu cakap, sepuluh Alyah jawab. Perangai Alyah makin ketara apabila Alyah masuk sekolah menengah. Alyah jadi pemalas hendak ke sekolah. Apbila ibu tegur, Alyah tengking balik ibu. Alyah tending pintu, Alyah baling pinggan. Ibu risau dengan perangai Alyah. Setiap hari pula, Alyah minta duit dari ibu. Kalau ibu tak bagi, Alyah jerit-jerit kat ibu. Alyah mengamuk, pecahkan barang-barang dalam rumah. Alyah, Sejak kematian abah, ibu hanya buat kuih. Hasil jual kuih bukannya besar. Cukup sekadar untuk kita makan dan minum. Ibu tak boleh bari Alyah untuk hidup bermewah-mewah. Tapi, kenapa Alyah tak faham keadaan ibu. Demi sayang kepada Alyah, ibu turutkan semuanya. Ibu sanggup jual kereta pusaka abah,, barang-barang kemas ibu dan juga tanah-tanah peninggalan arwah datuk. Itu semua ibu lakukan hanyalah untuk memuaskan hati Alyah, kerana ibu sayangkan Alyah. Ibu masih ingat lagi, suatu malam Alyah minta ibu belikan sebuah motosikal. Ibu tak mampu tapi ibu terpaksa iakan dek terlalu sayangkan Alyah. Hanya Alyah seorang sahaja anak ibu dunia dan akhirat. Alyah nak tahu, esoknya, ibu terpaksa tebalkan muka pinjam duit untuk penuhi hajat Alyah. Biar malu, ibu lakukan juga demi Alyah. Tapi, bila dapat motosikal, Alyah makin liar. Hari-hari Alyah minta duit dari ibu. Alyah berjalan-jalan dengan motosikal baru tinggalkan ibu seorang diri. Tidak mengapalah Alyah. Alyah belum kenal dunia, ragam hidup sepenuhnya. Bila Alyah berada ditempat ibu kelak, tahulah Alyah betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu. Benar sangkaan ibu, tidak sampai sebulan motosikal ibu beli, Alyah kemalangan. Ibu sangat risau dengan keadaan Alyah. Nasib baik Alyah hanya patah kaki. Siang dan malam ibu tak dapat tidur jaga Alyah. Ibu doa siang malam supaya Alyah sembuh. Alyah, Masih ingat ibu lagi? Sebenarnya banyak cerita perangai buruk Alyah sampai ke telinga ibu. Orang kampung bercerita pada ibu tentang Alyah. Kata mereka Alyah sekarang makin liar. Alyah sudah pandai menghisap rokok. Pada usia 16 tahun, Alyah juga sudah pandai keluar malam dan bercampur dengan kawan-kawan lelaki. Alyah, ibu bukan tak mahu halang semua itu, tetapi ibu tak terdaya. Jika ibu tegur, Alyah melenting. Alyah pukul ibu. Alyah maki hamun ibu. Kudrat ibu dah tak sekuat dulu nak lawan Alyah. Ibu tak terdaya lagi Alyah. Bukan ibu tidak mahu halang Alyah buat perkara tak senonoh itu. Maafkan ibu Alyah. Alyah, Masih ingat lagi tak Alyah? Suatu malam Alyah berikan ibu hadiah yang ibu akan kenang sampai ke mati. Hadiah itu buat hati ibu remuk dan terburai seperti dirobek-robek dengan pisau belati. Ibu tak sangka, seorang anak yang dibelai-belai dan disayang sanggup buat begitu. Ingat tak lagi, Alyah sanggup sepak pinggan yang ibu sedang makn. Ketika itu ibu sangat letih dan lapar Alyah. Ibu tak sihat. Tubuh ibu menggigil. Ibu hamper pitam. Tapi kenapa Alyah sepak pinggan ibu tengah makan? Habis nasi bertabur. Kerongkong ibu tercekik. Ibu terasa terseksa. Ibu hampir rebah saat itu. Hanya telinga ibu terdengar suara Alyah minta duit. Duit! Duit! Duit! Itu sahaja yang Alyah tahu. Ibu memang tak ada duit Alyah. Jika ada, ibu akan beri semuanya. Duit tak bermakna lagi buat ibu. Hanya Alyah sahaja permata buat ibu. Alyah, Ibu dah tua. Ibu tak sanggup lagi hidup azab begini. Ibu dah tak sanggup hidup lagi. Mungkin esok atau lusa ibu akan pejamkan mata. Biarlah ibu bersama abah di sana. Biarlah Alyah hidup bahagia tanpa ibu. Kalau ibu ada sekalipun, ibu tak ada makna lagi bagi Alyah. Ibu hanya jadi tempat sepak terajang Alyah. Ibu jadi tempelak Alyah maki hamun. Andainya, Alyah masih ingat ibu, doakanlah ibu, tatkala roh ibu terangkat ke langit untun bertemu dengan abah. Hanya ibu sedih tak dapat berikan Alyah hidup mewah seperti yang Alyah pinta. Ibu harap, Alyah mungkin lebih bahagia setelah ibu pergi menyambut Daripada, Ibumu Alyah. Sedih right? So yeahh i hope i tak jadi mcmni :/ I love my parents. Much :* Kay bye and assalamualaikum ;) Dear, |